Wednesday, October 17, 2012

Mesyuarat perlantikan Jawatankuasa penyelaras Korban

ANJURAN PERSATUAN KOMUNITI PENDUDUK FASA 8 KERJASAMA :

- PENGERUSI JAWATANKUASA KESATUAN RUKUN TETANGGA FASA 8 (KRT)
- PENGERUSI JAWATANKUASA SURAU AR-RIDHUAN FASA 8
- PENGERUSI JAWATANKUASA SILAT LINCAH PUTRAJAYA

TARIKH :17/10/2012
MASA : 0840 MALAM
TEMPAT : DEWAN FASA 8 (KUARTERS PENJAWAT AWAM FASA 8)

AGENDA :

1. PERLANTIKAN JAWATANKUASA GERAK GEMPUR KORBAN LEMBU
2. PERLANTIKAN JAWATANKUASA KERJA AGIHAN
3. PERLANTIKAN JAWATANKUASA LOGISTIK KEBERSIHAN
4. PERLANTIKAN JAWATANKUASA GOTONG ROYONG MEMASAK
5. PERLANTIKAN JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN CABUTAN BERTUAH
6. PERLNTIKAN JAWATANKUASA


"KEPADA PENDUDUK YANG TIDAK PULANG KEKAMPUNG PADA HARI RAYA KORBAN DIJEMPUT HADIR BERSAMA.."

Tuesday, October 16, 2012

Pengumuman Hari Raya AidilAdha 2012..

''Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Besar Raja-raja mengisytiharkan 1 Zulhijjah , 1433 Hijrah ialah 17 Oktober 2012. Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat 26 0ktober 2012''

Pengisytiharan Hari Raya Korban oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad melalui siaran TV1

Friday, October 12, 2012

myMetro | Ibadah korban tanda bersyukur

Ibadah korban tanda bersyukur
Oleh Muhammad Rashidi Wahab
rencana@hmetro.com.my

UMAT Islam menyambut Aidiladha bagi meraikan kejayaan saudara seagama mengerjakan ibadat haji di Makkah. Di Malaysia, ramai mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung bagi mengeratkan tali silaturahim sesama Islam.
Aidiladha disambut dengan melaksanakan ibadat korban iaitu disembelih haiwan seperti unta, lembu atau kambing bertujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Ibadat korban bertepatan dengan dalil al-Quran dan hadis yang bermaksud: ‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah’. (Surah al-Kauthar ayat 2).

Nabi s.a.w berkorban dengan menyembelih dua ekor kibas berwarna putih dan bertanduk. Baginda turut menyembelih kedua-duanya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir sambil meletak kakinya di atas tengkuk kibas itu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hikmah ibadat korban ialah menghidupkan erti pengorbanan Nabi Ibrahim ketika Allah memerintahkan baginda menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Nabi Ibrahim tidak teragak-agak melaksanakan perintah itu, tetapi Allah menggantikan sembelihan itu dengan seekor kibas.

Ibadat korban mengandungi pengertian untuk mendidik umat Islam jangan melupakan golongan fakir miskin yang memerlukan bantuan selepas Allah memberikan rezeki kepada mereka.

Ia turut melahirkan kegembiraan dan perasaan kasih sayang sesama sanak-saudara dan jiran tetangga.

Kebanyakan ulama daripada Mazhab Shafie berpendapat, hukum korban adalah sunat muakad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang Islam yang berkemampuan.

Namun, ia boleh menjadi wajib dengan dua sebab: Pertama, apabila seseorang itu mengisyaratkan kepada binatang miliknya yang sesuai untuk dikorbankan seperti ‘Ini adalah korbanku’ atau ‘aku akan korbankan binatang ini.’

Kedua, apabila seseorang itu bernazar atau mewajibkan dirinya melaksanakan korban untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti menyatakan, ‘wajib bagi aku korban kerana Allah.’

Hanya unta, lembu atau kambing disyariatkan untuk korban.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bagi setiap umat kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang direzekikan Allah kepada mereka. (Surah al-Hajja, ayat 34).

Menurut ulama, perkataan haiwan ternakan dalam ayat berkenaan bermaksud unta, lembu dan kambing.

Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian. Anda perlu melaksanakan korban dengan mengambil satu bahagian daripada tujuh bahagian itu.

Kambing tidak boleh dibahagikan seperti unta dan lembu.

Pelaksanaan korban bermula selepas terbit matahari Aidiladha iaitu selepas solat sunat raya dan selesai mendengar khutbah.

Manakala tempoh mengadakan korban berakhir selepas terbenam matahari pada akhir hari tasyrik iaitu 13 Zulhijjah.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Setiap hari tasyrik adalah sembelihan (waktu korban). (Riwayat Ibn Hibban)

Jika korban wajib atau nazar, tidak harus bagi orang yang melakukan korban memakan daging korban itu.

Jika seorang daripada mereka memakan sedikit daging korban itu, ia perlu diganti semula dengan daging lain atau dibayar dengan nilaian daging yang dimakan.

Jika korban sunat, harus orang yang melakukan korban itu memakan mengikut kadar yang dikehendakinya dengan syarat mereka hendaklah bersedekah sedikit daging korban itu.

Paling afdal ialah makan sedikit sahaja daging korban itu untuk keberkatan dan bakinya disedekahkan. Adalah harus bagi orang yang melakukan korban memakan satu pertiga daripada bahagiannya, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga kepada sahabat handai atau jiran walaupun mereka orang kaya.

Daging korban yang dihadiahkan kepada orang kaya hanya boleh dimakan dan mereka tidak boleh menjualnya. Manakala daging korban yang diberikan kepada fakir miskin tidak terikat dengan syarat itu.
Bagi yang melakukan korban, mereka boleh sedekahkan kulit binatang korban itu atau di manfaatnya untuk dirinya.

Tidak boleh dijual atau diberikan kepada penyembelih binatang korban itu sebagai upah kepada sembelihannya. Ini kerana perbuatan memberi upah cara begitu boleh menyebabkan kekurangan pada binatang korban dan merosakkan ibadat korban.

Jika pemberian itu bukan atas dasar upah kerana orang yang melakukan korban memberikan wang sebagai upah kepada penyembelih, maka pemberian kulit dan sebagainya lagi tidak menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi penyembelih orang fakir miskin.

Ini bertepatan dengan hadis yang bermaksud: ‘Rasulullah memerintahkan aku (Ali) menyembelih unta baginda (sembelihan korban ketika haji). Baginda memerintahkan aku sedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah daging) sedikitpun daripadanya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara perkara sunat korban ialah tidak menghilangkan bulu dan kuku, masuk 10 Zulhijah dan orang yang melakukan korban disunatkan menyembelih korbannya sendiri atau hadir menyaksikan sembelihan itu dan sunat bagi pemerintah melakukan korban menggunakan harta Baitulmal bagi pihak orang Islam.


Thursday, October 11, 2012

Mesyuarat Korban

Jemputan mesyuarat bagi Program Ibadah Korban 2012 anjuran Persatuan Fasa 8...

TARIKH : 14 OKTOBER 2012
JAM        :  10 PAGI
TEMPAT : DEWAN FASA 8 PRESINT 9 PUTRAJAYA